Saturday 8 October 2016

Rumah Kecil Tepi Hutan- Siap dah

Hello lovelies..tudiaa punya lama tarak cerita tup tup tup terus update siap dah..yeahooo
Alhamdulillah rumah kecil kami siap dah dan kunci pun dah dpt time aku dalam pantang hari tu ( ada posting psl beranak lagi dalam draft). In fact kami dah pindah pun barang-barang dari rumah merbau tu..n the good news is rumah yg kami sewa di Merbau Jaya tupun akhirnya dah jadi hak kami..very soon sb proses tukaq hakmilik tgh berjalan.

Excited dapat kunci rumah, dalam pantang pun aku redah. Bila pjj ni kena la uruskan byk benda sendiri. Kalau nak tunggu Renggos balik baru nk buat itu ini memang payah la. Jadi dari hal ambil kunci, check defect sampai la cari kontraktor semua aku buat sendiri dgn dibantu oleh abah aku. But ofkos la everything pun dengan persetujuan Renggos.

Nanti aku sambung lg especially cerita psl kes kn tipu dgn kontraktor wayering.. sob sob sob

Monday 30 May 2016

Kembali Bersiaran

Yeay kembali bersiaran setelah lama menyepi..blog ni asyik menyepi je kan...insyaallah lepas ni kita havoc2 kan blog ni..hihi mcm ada reader n follower plak..kalau blog dulu ye la kot..

Banyak benda berlaku sepanjang tempoh penyepian ni. Rumah dah siap, anak pon dah bertambah.  Yeay!

Jadi akan cuba untuk menulis di sini sebagai kenangan dan simpanan sendiri dan mungkin perkongsian bersama

Tuesday 17 March 2015

Rumah Kecil Tepi Hutan ~update vol 1.

Tudia.. blog dah bersarang heii..bukan xdak masa tapi pemalas sangat lately. Kali ni nak update pasal rumah kecil kami. Alhamdulillah development progress agak laju, check disburstment status kat BPP online pun dah 55%.

Kebetulan hari Ahad lepas Renggos setuju bila ajak pi terjah site rumah tu..apalagi..syukur la sangat..excited jangan cakap la bila tgk sendiri bakal rumah depan mata. Yang lagi terharu tu lepas ja pi tgk rumah tu si Renggos ni dah menunjukkan minat nak bercakap dan berangan ttg rumah ni. Sebelum ni apa yg aku ckp semuanya syiok sendiri sampaikan p beli perabot n pesta2 megahome pun dia xmau ikut. Tp lain pulak la ni dia yg berangan nk renovate la, nak letak cermin apa semua nya la..baru betoi mcm ni sama2 ada angan2.

Rumah kecil ni nanti betul2 dekat dgn surau..oleh sebab rumah ni xdak rumah contoh ada la few benda yg mcm x berapa nk suka..tp banyak yg suka la.. yang x suka tu kami rasa masterbedroom dia kecik. Jadi risau plak mcm mn nk letak katil King yg ada kat gudang kedai perabot tu? Yang paling suka toilet dia besaq, pintu2 dalam rumah x perlu tukaq sebab dah guna pintu yg berkualiti dan dapur juga agak besaq bagi aku..lantas terus terpikir x perlu la nk extend dapur buat masa sekarang tp sangat2 perlu buat sesuatu untuk dptkan size masterbedroom yg ideal.

Gambaq dalam rumah x amik sb excited sgt jadi amik gambaq luaq saja..x sabaqnya rasa nk tunggu rumah ni siap.. Renggos kata next time boleh mai tgk.lagi.haha tu pun kalau guard site tu x ligan la....

Tuesday 5 August 2014

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepasa semua. Harapnya kalau ada silap dan salah minta dimaafkan lah ya. Tahun ni beraya sakan la sgt sebabnya cuti dah la direct seminggu dengan keletah Adlyn yang semakin membesar, memang havoc la raya tahun ni.

For this year adalah giliran beraya di sebelah Renggos dulu. Tapi apa adahal kampung halaman dalam negeri yang sama. Lepas selesai lunch terus balik sebelah aku plak. Malamnya balik sebelag Renggos lagi pasti balik tdo umah mama aku..hah kelasss kan..xyah risau2 pasal raya nak balik mana.

Tema tahun ni hijau..hijau bendera Pas gitu hahaha...kaler hijau ni pon sb nanti bila kenduri adik aku bulan 11 nanti fmly semua tema ni..jadi aku blasah la buat siap2..jimat sket..

Hahah kat anak dan suami minta berjimat..kat diri sendiri siap 4 pasang baju raya tahun ni..hihi sempat la beli Kate dress dari Mazlianul Maznan..tp sygnya baru pakai raya ke empat tu dah tercabut 1 butang..dah kena muntah Adlyn. Rasanya dgn ank kocik ni mmg x merasa la nak melawa aihhh

Papepun nah sekeping gambaq kami sekeluarga untuk tatapan semua

Monday 23 June 2014

Stroller Punya Cerita

Kali ni sengaja nk coret coret perihal stroller. Bukan psl stroller mana yg elok ka murah ka berjenama ka. Ni pasal Adlyn dan stroller. Sejak2 dia baru dpt nyawa dulu mmg dah ada sebijik stroller Halford merah sponsored by mama anis dia. Mmg menepati la ciri2 yg dicari2..umbrella fold, kaler merah, ada review yg baik dan lebih2 lagi benda free. Tp puteri aku yg sorg tu macam allergic la pulak dgn stroler ni. Mmg xmau langsung la duduk elok2.

Sejak dia dapat kaki ni tetiba aku perasan dia slalu minta aku tolak dia dalam stroller. Mula2 setiap weken waktu pagi dia bgn mesti nak pusing2 taman tapi kali ni nak dok dalam stroller.

Sempena berat badan dia yang bertambah sekarang dan bersempena nak melawat rumah renggos di KL bebaru ni, aku pun decide la nk bl 1 lagi stroller utk memudahkan urusan jalan2 kami. Tak termampu dah nk dukung si dia sekarang ni. Beli la stroller murah2 sb takut juga nanti tetiba angin xnak pula dia duduk dalam tu.

Surprisingly,  sepanjang di sana elok ja dia beristirehat dalam stroller..dapat la makpaknya jalan2 sambil peluk2 pinggang.. dengan  stroller yg ringan n kecik tu mudahla abahnya usung ke sana sini..mmg convenience la.. x sangka dah dpt kaki ni malas pulak dia berjalan .

Mulai dari trip ke kl tu, pergi mana pun dah rajin bawa stroller. Rupanya Adlyn ni dh besar baru nk naik stroller..kecik2 nak mendukung je hahah..

Xde la membazir sangat ada 2 stroller..1 utk keta abh, satu lg untuk keta mama..
Terima kasih anak mama..

Monday 12 May 2014

Rumah Kecil Tepi Hutan - Pemilihan

Posting kali ni pasal rumah pertama aku..dalam blog hat lama dulu pernah buat 1 posting pasal rumah ni. Since dah buka blog baru, jadi molek la kiranya aku simpan memori rumah pertama aku dan jadikannya siri. Semoga dpt memberi panduan kepada orang lain dan kenangan kepada diri sendiri.

Proses pembelian rumah ni bermula pada bulan September 2013. Awalnya dapat information daripada mama aku pasal ada 1 projek perumahan baru nak buat. Maklumla kami anak beranak keje di PBT, tambahan pula mama di jabatan yang ada akses kepada project2 pembangunan ni. Kira 1st hand information la. Aku ambil masa pergi ke jabatan mama, minta TA buka plan kerja tanah, contact geng2 mama di jabatan lain utk bagi pelan bangunan. Hehe dan kemudiannya dapatkan pendapat mereka yg pakar. Location wise tmpt tu asalnya mcm black area. Tp future development termasuk yang tengah rancak berjalan sekarang ialah institut Kemahiran Mara yg hanya dalam 2km dr projek rumah yg aku beli ni.

Lepas dpt contact arkitek n developer yang berkenaan, borak-borak sikit, aku buat decision nk beli saja di sini..pembelian rumah ni tanpa tgk rumah contoh..berdasarkan pelan2 di opis n di tapak. So waktu pelancaran projek ni, beberapa hari selepas Hari Raya,aku pun bawa la duit raya Adlyn (pinjam duit anak) buat deposit rumah.. deposit dan booking fees berjumlah RM2000 selamat di bagi kepada pemaju tu..

So ini la rupanya lakaran arkitek terhadap rumah baru aku tu. Nama projek perumahan ni ialah Desa Ara. Developernya GDW Mengkuang. Lokasinya di Ara Kuda, Tasek Gelugor SPU

Sunday 16 March 2014

Year End Family Holiday Part 2 (Trip to Genting Highland)

Cerita basi disambung lagi...selepas semalaman di tengah kota, kitaorang bergerak ke tanah tinggi pulak..ye la nak merasa kesejukkan Genting Highland..both of us x pernah sampai pon ke sini..dah ada ank ni baru la nak menjejak kaki
. Renggos walaupum x pernah naik sampai ke GH tp dia ada la jugak dtg buat keje kat tower2 area situ..

Kami bertolak seawal 8.00 pg dr hotel dan kemudian singgah brekkie kat leha kelfood.. sampai di awana punya cable car dlm kul 10pg trus beratur naik cable car.panjang la plak line nye sb time sampai tu sama plak dgn rombongan ibuk ibuk dan bapak2 dr Indonesia..

X dapat naik satu cable dgn paksu adlyn yg kami bawa sekali dtg bercuti.. kami satu fmly kene share plak dgn geng arugerek...heheh..adlyn mula la x selesa sket..bukan la aku ni racist..tp ank aku mmg tkt n x berapa nk selesa dgn org2 berkulit gelap...huhuuuuu..bukan aku yg ngajor..secara alami dia lagu tuu..

Sampai atas tu mcm blur2 jugak la nak ke mana kan...maklumla 1st time..ikut je la tanda arah tu.jauh jugak rupenye nak smpi indoor game tu..opss waktu kami p ni..outdoor punya tmpt tu tutup..ada renovation..rs menyesal plak x bw stroller...bygkan la mcm mn nak layan si kecik tu yg jalan mcm siput n suke melencong ke sana sini..heheh

Kami kepenatan n kelaparan dgn adlyn yg penat jd xde la pusing habis indoor tu..aku beli siap2 package fmly tu..bw booking punye resit n trus dipakaikan gelang kat tgn tu..sian adk bongsu aku..xde byk benda sgt utk dia main..aku bw adlyn naik 2 rides je..sb malas nk beratur..maklum la cuti sekolah..ramainya orang..

Walaupun aku rambang mata nak bershopping sb tgh sale kan..tp bila Adlyn dah penat mcm tu x jadi la nak membelek.lebih kurang pukul 1.30 ptg kami pun mula la bergerak nak turun ke bawah...sb xmau la nanti nak kena rushing dengan org rmi2..

Seblm balik tu jalan2 la jugak kat luar yang penuh berkabus tu..feeling2 dok obersee gitu