Saturday 28 December 2013

Year End Family Holiday Part 1 (Shopping Jalan TAR)

Alhamdulillah..lagi 2 hari dah nk masuk tahun baru..Tahun 2014..tahun yang bakal penuh dengan cabaran buat aku. Jadi sebelum melangkah ke tahun baru moleklah kiranya tahun ini ditutup dengan sesi me'reward'kan diri dan keluarga.

Pada 25 December 2013, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Memang pilihan lokasi kali ini biasa2 aja org kata KL ni bila2 boleh pi jd kami pilih time ni. Nak ke Pantai Timur dah la musim tengkujuh..baru plak lps banjir, nk ke P.Langkawi almaklum sajalah time2 cuti sekolah ni dengan org ramai harga brg pon mencanak naik, bazir ja rs kalu nak sewa keta wira pon sampai rm80-100 sehari sdgkan hari biasa rm40 pon dpt.. maka, on last minute decided to KL aje.

We all bertolak dr Lunas dalam pukul 10 pg dan sampai KL cun cun time lunch. So x mau pusing2 cr kedai mkn hubby bw je g mkn di Idaman , kedai mkn yg kami selalu pergi sb dkt dgn rumah sewa hubby. Dia pon ambil peluang ni utk lepak2 dgn besfren nya maklumla sejak kena outstation ni  dah lama x jupe.. Adlyn alhamdulillah sangat good sepanjang perjalanan . Maunya tak,seat belakang tu dah diletak toto utk bg dia selesa main dan tido. Mmg plan kali ni x nak bermalam di rumah sewa sb umah tu dh lama x duduk berhabuk bagai makan lepas lunch terus heading to kl n cr hotel dkt2 area jalan TAR sb nk shopping n we found Silka Hotel. Mmg strategik lokasi hotel ni  turun jln kaki je Jakel.. heheh apalagi lepas rest2 n solat kami pon turun la terjah sekitar jalan TAR n x ketinggalan Sogo. Hotel ni selesa dan Adlyn xde masalah nk nanges2 ke hapa.

Total damage kepada wallet aku..beberapa helai tudung, blouse utk mama n kain pasang utk diri sendiri..

Malamnya hubby bawak pegi makan nasi lemak kg baru...tmpt yg kami 1st dtg lepas kawin dolu dolu hehehehhe

Wednesday 18 December 2013

Blog baru..post no 1.

Selamat bertemu kepada semua. Kali ni menulis dr medium yg sama bawah address berbeza..sob sob sedih mengenangkan blog lama www.cycrawords.blogspot.com yang tak dapat di'akses' lagi dek kerana dah terlupa langsung segala password dan login. Tu bukti cukup kukuh betapa lamanya aku tak menulis. Tak pasal-pasal dah kena buka blog baru. Ni la jadinya bila org tulis blog kita pon nk sekali. Tapi mmg rasa sedikit ralat. Banyak jugak story morry dalam blog lama tu. Maklumlah coretan dari time anak dara sampai la dah jadi mak dara ni.

Dengan itu, berjanji pada diri sendiri akan lebih aktif menulis dan menyimpan segala password dan login dgn lebih teratur. Ni janji ni..mungkin boleh jadi azam tahum baru juga kot. Dalam masa yang sama akan cuba selalu menjengah blog lama yang dirindui. Semoga kali ini dapat memberi perkongsian yang lebih bermanfaat kepada pembaca dan kawan2 sekalian..