Monday, 12 May 2014

Rumah Kecil Tepi Hutan - Pemilihan

Posting kali ni pasal rumah pertama aku..dalam blog hat lama dulu pernah buat 1 posting pasal rumah ni. Since dah buka blog baru, jadi molek la kiranya aku simpan memori rumah pertama aku dan jadikannya siri. Semoga dpt memberi panduan kepada orang lain dan kenangan kepada diri sendiri.

Proses pembelian rumah ni bermula pada bulan September 2013. Awalnya dapat information daripada mama aku pasal ada 1 projek perumahan baru nak buat. Maklumla kami anak beranak keje di PBT, tambahan pula mama di jabatan yang ada akses kepada project2 pembangunan ni. Kira 1st hand information la. Aku ambil masa pergi ke jabatan mama, minta TA buka plan kerja tanah, contact geng2 mama di jabatan lain utk bagi pelan bangunan. Hehe dan kemudiannya dapatkan pendapat mereka yg pakar. Location wise tmpt tu asalnya mcm black area. Tp future development termasuk yang tengah rancak berjalan sekarang ialah institut Kemahiran Mara yg hanya dalam 2km dr projek rumah yg aku beli ni.

Lepas dpt contact arkitek n developer yang berkenaan, borak-borak sikit, aku buat decision nk beli saja di sini..pembelian rumah ni tanpa tgk rumah contoh..berdasarkan pelan2 di opis n di tapak. So waktu pelancaran projek ni, beberapa hari selepas Hari Raya,aku pun bawa la duit raya Adlyn (pinjam duit anak) buat deposit rumah.. deposit dan booking fees berjumlah RM2000 selamat di bagi kepada pemaju tu..

So ini la rupanya lakaran arkitek terhadap rumah baru aku tu. Nama projek perumahan ni ialah Desa Ara. Developernya GDW Mengkuang. Lokasinya di Ara Kuda, Tasek Gelugor SPU